The CW dan Warner Bros TV hari ini mengumumkan yang siri TV Supergirl akan berakhir selepas musim ke-6 yang akan mula ditayangkan pada tahun hadapan. Supergirl merupakan siri ketiga yang menyertai Arrowverse selepas Arrow dan The Flash.

Penggambaran untuk musim ke-6 telah tertunda sebelum ini kerana pandemik Covid-19 selain itu, ia juga dijangka akan mula tayangan lebih lewat pada tahun hadapan untuk memberi ruang kepada Melissa Benoist yang sedang mengandung.

Supergirl akan menyertai Arrow yang sudah ditamatkan selepas 8 musim di mana episod terakhir tiba pada Januari lepas.

Leave a Reply