Acara DC FanDome sudah pun berakhir, dengan pelbagai informasi menarik mengenai filem-filem DC dan siri TV serta permainan video. Salah satu yang ramai nantikan adalah informasi mengenai filem The Flash. Filem ini antara yang mempunyai banyak masalah dan akhirnya ia sudah disahkan dan menerima rekaan konsep rasmi bagi kostum. Bukan itu sahaja, rekaan konsep ini turut memperlihatkan grafik Batman versi Michael Keaton.

Bagi yang tidak tahu, dalam Justice League – Barry Allen masih tidak menggunakan nama The Flash lagi. Nama “The Flash” ini beliau peroleh dari The Flash dunia Arrowverse iaitu versi Grant Gustin. Semasa episod rentas-siri Crisis on Infinite Earth – Kedua-dua The Flash ini telah bertemu dan versi Ezra Miller masih tidak tahu yang nama beliau adalah The Flash. Hanya selepas versi Grant Gustin sebutkan – barulah beliau rasa seakan bersetuju. Walau bagaimanapun, masih tiada pengesahan sama ada adakah The Flash Grant Gustin akan muncul dalam filem ini ataupun tidak.

Satu perkara lagi, semasa DC FanDome pengarah filem The Flash telah memberitahu yang rentas-masa, Speed Force dan Multiverse akan terlibat dalam filem ini. Untuk filem The Snyder Cut of Justice League – Zack Snyder memberitahu yang The Flash akan memperlihatkan kuasa baharu yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini. Jadi besar kemungkinan ia akan berkait dengan Arrowverse ataupun filem The Flash nanti.

Leave a Reply