The Duffer Brothers adalah pencipta bagi siri TV drama, fantasi, seram, komedi Stranger Things untuk Netflix. Ia sudah pun mempunyai tiga musim dan musim keempat sudah pun disahkan akan tiba. Ia adalah francais siri TV yang menarik dan memuaskan. Walaupun musim kedua sedikit bosan, tetapi pengalaman menonton adalah menarik dan boleh maratonton.

Baru-baru ini, Netflix telah dituduh dan disaman oleh Irish Rover Entertainment kerana melanggar hak cipta skrip filem Totem yang ditulis oleh Jeffrey Kennedy. Menurut mereka plot, urutan, karakter, tema, dialog, mood, dan tetapan, dan juga konsep seni telah ditiru. Tambah mereka lagi, Aaron Sims yang dikatakan bekerjasama dengan Jeffrey Kennedy pernah bekerja dengan Netflix untuk membuat konsep seni dua musim pertama Stranger Things.

Skrip filem Totem dikatakan adalah inspirasi dari rakan dari zaman kanak-kanak yang meninggal dunia. Kandungan skrip tersebut dikatakan sama, iaitu seorang gadis yang ada kuasa luar biasa membantu rakan-rakan membuka portal ke dimensi lain yang ada musuh utama dan askar-askar raksasa lain. Irish Rover Entertainment walau bagaimanapun tidak menyatakan nilai saman yang dituntut.

Menurut Netflix, The Duffer Brothers tidak pernah langsung tahu kewujudan skrip Totem kerana ia tidak pernah diterbit dan Stranger Things adalah hasil usaha dan kreativiti tersendiri. Sebenarnya, ini bukan kali pertama Netflix di sama sebegini. Tahun 2018, Charles Kessler mendakwa yang idea Stranger Things adalah idea beliau yang diberikan pada The Duffer Brothers di acara Tribeca Film Festival 2014. Tetapi beliau batalkan saman sehari sebelum ke mahkamah.

Tidak dinafikan, di luar sana ramai sahaja akan ada idea menarik dan mungkin sama dengan siri TV atau filem popular lain. Tetapi tidak bermakna, hasil yang tidak diterbit tetapi hasil orang lain diterbit dan popular layak disaman. Ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam industri perfileman. Satu idea menarik yang berjaya dihasilkan dan popular, pihak lain ingin mengambil kredit.

Leave a Reply