Sherlock Holmes adalah penyiasat fiksyen legenda terkenal. Beliau boleh membuat konklusi mengenai sesuatu kes dengan tepat dan cepat. Sudah banyak iterasi filem dan siri TV, antara yang terbaik bagi kami adalah filem Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Jr. dan siri TV Sherlock dari BBC lakonan Benedict Cumberbatch.

Terkini, Netflix pula ingin hadir dengan adaptasi filem Sherlock Holmes. Tetapi ia adalah lain daripada yang lain, kerana filem ini boleh dikatakan adalah filem sampingan yang memfokuskan adik Sherlock sendiri iaitu Elona Holmes (lakonan Millie Bobby Brown). Filem ini berlaku pada tahun 1884, pada hari jadi Elona beliau sedar yang ibunya (lakonan Helena Bonham Carter) telah hilang. Tetapi ibunya dilihat telah meninggalkan banyak hadiah untuk dirinya, tetapi menjadi buntu kenapa ibunya hilang begitu sahaja. Abang-abang Enola, iaitu Sherlock dan Mycroft (lakonan Henry Cavill & Sam Claflin) pula tidak menyokong Enola untuk mencari ibunya dan ingin menghantar Enola ke sekolah khusus untuk wanita. Enola kemudiannya menjadi berdikari dan melalukan penyiasatan ke atas kehilangan ibunya secara sendiri.
Filem ini diadaptasi dari novel berjudul Enola Holmes yang ditulis oleh Nancy Springer. Filem ini akan disiarkan di Netflix pada bulan September ini, jika anda minat dengan Sherlock Holmes dan pelakon seperti Milly dan Henry – jangan lupa nantikan kehadiran filem ini.


