Bend Studio minggu ini menyambut ulang tahun pertama untuk permainan mereka Days Gone yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada 26 April tahun lepas.

Anda boleh baca ulasan kami, melalui pautan berikut; Ulasan Days Gone – Permainan Dunia Terbuka Yang Kosong Dan Bosan.

Bersempena dengannya, mereka telah berkongsi infografik melalui akaun Twitter rasmi.

Berdasarkan infografik tersebut, sejak dilancarkan, pemain telah menghabiskan masa 200 juta bermain dan telah mendapat 100 juta trofi. Selain itu, 1 juta gambar sudah ditangkap menggunakan mod foto.

Terdapat pelbagai lagi informasi menarik yang dikongsi, di mana anda boleh melihatnya sendiri melalui infografik yang dikongsi oleh mereka.

Leave a Reply