Variety hari ini melaporkan yang Leslye Headland iaitu pencipta bersama untuk siri Russian Doll di Netflix akan menghasilkan siri baharu berdasarkan dunia Star Wars untuk Disney+.

Buat masa ini, plot penceritaan masih tidak dikongsi, tetapi ia dikatakan akan memfokuskan kepada watak perempuan dan berlaku di masa yang berbeza berbanding projek Star Wars yang lain.

Buat masa ini, Disney mahupun Leslye Headland sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Leave a Reply