Pembangun permainan Riot Games, iaitu syarikat dibelakang permainan MOBA popular League of Legends baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah studio baru di Singapura.
Studio tersebut akan menjadi studio kedua mereka di rantau Asia, mengembangkan sayap studio Hong Kong mereka, dimana kedua-duanya akan berada dibawah naungan Nathan Beemer, ketua studio Hong Kong mereka.
menurut Ketua Pegawai Operasi Riot, Scott Gelb, pembukaan studio Singapura ini adalah satu cara untuk mereka mempercepatkan pembangunan permainan-permainan mereka di rantau Asia, yang boleh dikatakan salah satu daripada kawasan-kawasan yang mempunyai ramai peminat-peminat permainan mereka.
Studio mereka di Singapura akan memfokuskan kepada permainan-permainan akan datang seperti Legends of Runeterra, Valorant dan juga Project L disamping membantu studio Hong Kong dalam pembangunan lanjut League of Legends.
Menurut siaran akhbar Riot Games, studio Singapura tersebut akan dibuka secara rasmi di masa akan datang, tetapi mereka telahpun memulakan pencarian pembangun di Singapura, dan sedang mencari pembangun untuk permainan-permainan yang dinyatakan pada perenggan diatas.
Bagi mereka yang berminat, bolehlah ke laman web Riot Games untuk mencari peluang pekerjaan dengan mereka.


