Filem Indian Jones 5 telah diumumkan hampir empat tahun yang lalu tetapi sehingga kini tiada maklumat mengenai jalan cerita sambungan kepada The Kingdom of the Crystal Skull. Menurut laporan Variety hari ini. Steven Spielberg telah menarik diri dari mengarahkan filem ini dan sebaliknya hanya akan mengambil tempat sebagai penerbit.

Sejak filem pertama Indiana Jones diarahkan oleh Spielberg tetapi kini kedengaran desus desus tempat beliau akan diambil alih oleh James Mangold. Mangold sebelum ini mengarahkan filem Logan, Ford V Ferrari dan 3:10 To Yuma. Harrison Ford mengesahkan beliau akan kembali sebagai Indiana Jones tetapi barisan pelakon lain masih lagi misteri.

Pasca The Kingdom of the Crystal Skull terdapat desas-desus siri ini akan bersambung dengan Shia LeBeouf meneruskan legasi sebagai anak kepada Indiana Jones. Dua belas tahun telah berlalu sejak filem ini dan Shia kini bukan lagi nama yang besar di Hollywood.

Leave a Reply