Panic, iaitu penerbit buat permainan Untitled Goose Game hari ini mengumumkan yang mana permainan tersebut telah terjual melebihi 1 juta salinan.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Untitled Goose Game merupakan permainan simulasi pengembaraan yang mana pemain akan bermain sebagai seekor angsa dan membuat kacau di kawasan perkampungan tersebut.
Ianya sebelum ini dilancarkan di konsol Switch dan PC melalui Epic Games Store dan kemudiannya ia dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One beberapa minggu lepas. Bagi anda yang berminat, ianya boleh dibeli sekarang mengikut platform pilihan anda dengan harga sekitar $9.99(~RM42) sahaja.


