Sony hari ini menutup tirai acara State Of Play dengan memperlihatkan satu video acah khas buat permainan Ghost Of Tsushima, iaitu permainan seterusnya yang dibangunkan oleh pembangun siri Infamous, iaitu Sucker Punch.

Namun, video acah tersebut adalah tidak lengkap dan tergantung yang mana agak mengecewakan pada pendapat kami. Meskipun begitu, menurut Sony, mereka akan kongsikan video acah penuh permainan tersebut menjelang Jumaat ini ketika acara The Game Awards 2019 ini.

Menariknya, menurut Geoff Keighley, video acah yang akan dipertayangkan Jumaat ini adalah video acah terpanjang sepanjang acara tersebut. Ini sekaligus membuatkan kami berasa tarikh pelancaran permainan tersebut mungkin akan diumumkan.

Meskipun begitu, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya menjelang Jumaat ini.

Leave a Reply