Mario Maker 2 ialah permainan video dari siri Super Mario yang terbaru oleh Nintendo. Didalam permainan ini, pemain boleh membina litar permainan Super Mario mereka sendiri, dan memuatnaikkannya untuk dimainkan oleh orang lain, dan memainkan peta pemain lain juga.

Walaupun permainan ini baru sahaja keluar untuk sebulan sahaja, Mario Maker boleh dikatakan sebuah permainan yang cukup popular pada platform Nintendo Switch, kerana pihak Nintendo America baru sahaja mengumumkan bahawa pemain-pemain permainan tersebut telah mencipta sebanyak 2 juta litar permainan Super Mario.

Nintendo America tidak berkongsi jumlah pemain yang kini bermain permainan tersebut, tetapi kehadiran 2 juta litar dalam masa beberapa minggu sahaja boleh dikatakan satu pencapaian yang sangat membanggakan, terutamanya untuk para pembangun Mario Maker 2 di Nintendo.

Leave a Reply