Rage 2 iaitu permainan sambungan kepada Rage yang dikeluarkan pada 2010 bakal menerima trailer pengumuman. Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Rage 2 mereka mengumumkan trailer pengumuman permainan ini akan dikeluarkan esok tetapi bukan dengan cara yang jelas sebaliknya sekadar menunjukkan direktori simpanan di dalam PC.
C:DesktopVideosAnnounceTrailerMonday
— RAGE 2 (@rage) May 13, 2018
Kuciran ini datang selepas akaun Twitter rasmi Bethesda mengeluarkan beberapa kuciran yang menunjukkan gambar yang ditulis 5.14 atau cat berwarna merah jambu yang kemungkinan besar menunjukkan tarikh trailer pengumuman tersebut iaitu 15 Mei 2018 ataupun 16 Mei 2018 untuk waktu tempatan.
— Bethesda (@bethesda) May 12, 2018
Rage merupakan antara permainan penembak pandang pertama kegemaran kami dan semestinya tidak sabar untuk menonton trailer pengumuman tersebut.


