Inti Creates hari ini mengumumkan permainan terbaru buat siri Azure Striker Gunvolt iaitu Gunvolt Chronicles: Luminous Avenger iX. Menurut Inti Creates, permainan tersebut akan dilancarkan di Nintendo Switch. Namun tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan lagi.

Gunvolt Chronicles: Luminous Avenger iX merupakan permainan yang dibangunkan oleh Inti Creates, yang mana mereka terkenal dengan permainan 2D Platformer seperti siri Mega Man Zero dan Mega Man ZX. Permainan ini juga tampaknya akan memfokuskan watak Copen sebagai watak utama bersama watak Lola.

Namun dari segi penceritaan, Inti Creates masih belum berkongsi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut dan menurut mereka, mereka akan berkongsinya sebarang informasi tambahan pada musim panas tahun ini.

Leave a Reply