Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan berkongsi DLC watak seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT pada 15 Mei ini di saluran rasmi Youtube mereka.
5月17日(木)にアップデートを実施予定です。詳細は5月15日(火)放送の生放送で大発表!今回は前半ナンバリングの新規男性キャラクターの参戦SP!お見逃しなく!#DFF_A #DFF_NT #ディシディアNT https://t.co/Wb4UVW5Uvl pic.twitter.com/BRqPuC9AJj
— ディシディアFF 公式 (@DFF_Arcade) May 8, 2018
Sememangnya DLC watak tersebut merupakan salah satu daripada watak yang diacahkan oleh Square-Enix awal tahun ini iaitu watak daripada siri Final Fantasy VII kebawah. Sebelum ini Square-Enix juga melancarkan watak DLC pertama iaitu Vayne Solidor daripada siri Final Fantasy XII.
Dissidia: Final Fantasy NT merupakan permainan eksklusif untuk Playstation 4 dan dikeluarkan untuk pasaran global pada Januari lepas. Asalnya ia merupakan permainan arked yang hanya dilancarkan buat pasaran Jepun. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, Anda boleh membacanya di sini.


