Mojang Studios telah mengumumkan yang versi natif Minecraft untuk Nintendo Switch 2 yang sedang dibangunkan akan menyepadukan tetapan grafik “Vibrant Visuals” secara lalai. Peningkatan sistem visual ini, yang bergantung pada keupayaan perkakasan konsol tersebut.
Sistem Vibrant Visuals merupakan rombakan grafik terbesar untuk permainan ini yang mula dikeluarkan pada Jun 2025 melalui kemas kini Chase the Skies. Ia membawakan beberapa perubahan teknikal seperti pencahayaan berarah, kabus volumetrik, bayang-bayang dinamik yang sejajar dengan pergerakan matahari, serta pantulan cahaya pada permukaan air.


Turut menerima manfaat daripada keupayaan grafik baharu ini ialah pek Super Mario Mash-Up, iaitu kandungan eksklusif untuk platform Nintendo. Pek yang membawakan elemen daripada siri Super Mario Bros. ke dalam permainan tersebut akan memaparkan peningkatan visual pada tekstur, muzik, dan kulit watak. Ia merangkumi pembaharuan persekitaran pada lokasi-lokasi sedia ada di dalam pek tersebut seperti istana Peach dan Delfino Plaza.
Tarikh pelancaran khusus untuk versi Nintendo Switch 2 ini belum dimaklumkan selain daripada pengesahan bahawa ia akan tiba tidak lama lagi.


