Watak Tifa daripada siri Final Fantasy VII Remake bakal menyertai permainan Street Fighter 6 sebagai watak jemputan untuk senarai watak Tahun 4. Tifa dijadualkan untuk pelancaran pada awal tahun 2027. Dia merupakan pengamal seni mempertahankan diri Zangan-ryu yang mahir dalam pertempuran jarak dekat dan turut menggunakan kuasa unik yang dipanggil Abilities.

Selain Tifa, Capcom ketika Summer Game Fest turut mengumumkan tiga watak baharu yang melengkapkan barisan watak Tahun 4 ini. Yasmine akan menjadi watak pertama yang dilancarkan pada 3 Ogos 2026. Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah dari Filipina yang berlawan menggunakan pisau karambit.

Pada musim luruh 2026, watak Arjun yang merupakan seorang bekas pegawai polis dari India akan menyertai permainan dengan teknik tempur Bare-knuckle Yoga. Seterusnya, watak Bosch yang sebelum ini muncul dalam mod World Tour akan dilancarkan pada musim bunga 2027, menggabungkan teknik seni mempertahankan diri Nayshall dengan latihan tempur moden yang dipelajari daripada Luke.

Pemain kini sudah boleh mendapatkan Pas Watak Tahun 4 dan Pas Ultimate. Pas Watak memberikan akses kepada keempat-empat watak baharu ini berserta Warna 3 hingga 10 untuk Pakaian 1 setiap watak dan 3,000 Drive Tickets. Pas Ultimate pula mengandungi semua kandungan Pas Watak bersama Pakaian 2 dan 3 yang dilengkapi Warna 1 hingga 10, di samping tambahan 2,800 Drive Tickets.

Permainan bergenre Fighting ini tersedia di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch 2, dan PC. Bersempena dengan pengumuman ini, Street Fighter 6 sedang ditawarkan dengan potongan harga 50 peratus untuk masa yang terhad. Edisi Street Fighter 6 Years 1-2 Fighters Edition juga menerima potongan harga sebanyak 35%.

Leave a Reply