Siri terbaharu Apple TV+, Maximum Pleasure Guaranteed, mempertaruhkan gabungan unik antara genre komedi gelap dan seram ngeri (thriller). Siri ini dihasilkan oleh pencipta David J. Rosen yang juga merangkap penerbit eksekutif. Siri ini juga diarah oleh David Gordon Green yang juga terlibat sebagai penerbit eksekutif David Gordon Green. Di dalam sesi temubual mereka berkongsi cabaran, visi, dan proses teknikal mereka dalam menghidupkan dunia siri ini yang sarat dengan kekacauan dan paranoia.

Mencipta keseimbangan antara komedi dan misteri pembunuhan bukanlah satu tugas yang mudah. Rosen menegaskan bahawa elemen komedi tidak seharusnya merosakkan elemen debaran dalam siri tersebut.
“Pada bila-bila masa anda cuba menyatukan sesuatu yang komedi dengan sesuatu yang sepatutnya sedikit menakutkan, sentiasa ada risiko anda mungkin memecahkan belon ketegangan dan merosakkan detik itu semata-mata untuk mendapatkan ketawa,” jelas Rosen. “Kami cuba menghasilkan sebuah siri seram ngeri yang sangat kuat… tetapi kami mengisinya dengan watak-watak yang mungkin sinis atau cerdik, dan sifat semula jadi mereka itu akan mencetuskan komedi.”
Bagi Green yang mengarahkan siri ini, cabaran utama terletak pada proses penggambaran yang sering dilakukan di luar urutan. Beliau perlu memastikan para pelakon mengekalkan kesinambungan emosi dalam setiap babak.
“Cabaran sebenar bagi tone siri ini… adalah semasa proses penggambaran. Ia tentang memastikan anda membawa keaslian pada landskap emosi sambil anda menyuntik ketegangan atau unsur komedi tambahan,” kata Green. Namun, beliau menyifatkan projek ini sebagai satu peluang keemasan. “Mampu memasukkan semua elemen tersebut ke dalam satu rancangan adalah seperti satu impian… Ia menyeronokkan untuk mendapat semuanya di satu tempat dalam program berdurasi setengah jam.”

Ketika membincangkan tentang watak utama siri ini, Paula, Rosen menggambarkan kehidupannya sebagai sebuah “periuk tekanan”. Siri ini mengeksplorasi kehidupan seseorang yang sudah kehabisan peluang kedua.
“Paula sudah agak berumur. Dia mempunyai seorang anak. Dia telah melalui perceraian. Semua perkara pertama dalam hidupnya tidak berjalan lancar,” kata Rosen mengenai watak tersebut. “Oleh itu, apabila melihat dia melalui pengalaman ini, semuanya serta-merta menjadi lebih genting. Sebarang kesilapan yang dia lakukan boleh menyebabkan kehilangan anaknya atau lebih teruk lagi.”
Tekanan ini melahirkan sifat obsesif Paula yang cuba memegang kawalan dalam hidupnya yang semakin berantakan. “Kehilangan kawalan adalah ketakutan yang sangat besar bagi Paula… ia sentiasa terlepas dari genggamannya seperti sabun yang basah,” tambah Rosen. “Tidak kira apa yang dia lakukan dan betapa terdesaknya dia… dia masih tidak dapat menamatkan kitaran itu dan mengembalikan semuanya ke dalam keadaan terkawal.”
Bagi menghidupkan watak yang kompleks ini, Rosen dan Green sebulat suara bersetuju bahawa Tatiana Maslany adalah pilihan yang paling tepat. “Malah, semasa saya membaca skrip untuk kali pertama, saya membayangkan beliau dan saya menulis namanya di atas skrip,” kongsi Rosen. “Beliau mempamerkan semua sifat yang sangat dekat dengan realiti yang kami perlukan daripada Paula… Beliau juga boleh memberikan kami drama yang menyayat hati atau detik-detik yang mencuit hati.”

Di sebalik hasil akhir siri ini yang penuh dengan ketegangan, Green mendedahkan bahawa suasana di set penggambaran adalah sangat berbeza.
“Hasil akhirnya memang tegang, tetapi produksi sebenar sangat menyeronokkan dan santai,” kongsi beliau. “Ia seolah-olah satu tarian pada tahap tertentu. Anda mahu mencari ritma dan rentak, tarian antara pelakon dan aspek teknikal persekitaran mereka… dan apabila kami meletakkan muzik dan reka bentuk bunyi pada penghujung hari, ia benar-benar terasa seperti satu ketegangan manik yang hebat.”
Ketegangan teknikal ini paling menyerlah semasa merakam babak serangan webcam. Green menjelaskan, “Kami menyediakan kamera pada komputer dengan pelbagai kamera untuk senario di bilik lain, Trevor di komputernya, Paula di komputernya di ruang tamu, dan semuanya dilakonkan secara langsung melalui pelbagai kamera.”
Siri ini bukan sahaja mengambil inspirasi daripada karya klasik seperti filem Rear Window arahan Hitchcock, tetapi juga daripada kisah kehidupan moden yang tergesa-gesa. Rosen merujuk kepada filem seram ngeri era 70-an dan adegan paranoia kokain dalam Goodfellas sebagai rujukan ton visual siri ini.
“Kehidupan moden itu sendiri adalah satu seram ngeri psikologi paranoia dengan telefon kita yang sentiasa berbunyi dan semua orang mahukan perhatian kita,” kata Rosen. “Hanya dengan satu lagi bunyi pada telefonnya… ia kebetulan merupakan satu pembunuhan dan jenayah yang mengaitkan dirinya.”
Dua episod pertama Maximum Pleasure Guaranteed sudah tiba di Apple TV dengan episod baharu tiba secara mingguan.


