Treler dan poster rasmi untuk filem terbaharu francais seram, Evil Dead Burn, telah pun dilancarkan. Filem terbitan New Line Cinema ini dijadualkan untuk menemui penonton di pawagam bermula 9 Julai 2026.

Evil Dead Burn memfokuskan kepada seorang wanita yang sedang bersedih atas kehilangan suaminya. Dia mengambil keputusan untuk mencari ketenangan bersama keluarga mentuanya di sebuah kediaman terpencil. Walau bagaimanapun, perjumpaan keluarga itu bertukar menjadi satu insiden ngeri apabila ahli keluarganya mula berubah menjadi Deadites secara satu per satu. Wanita tersebut kemudiannya mendapati bahawa ikrar yang dibuat semasa hidup akan terus kekal walau di alam kematian.

Kerusi pengarah untuk filem ini diduduki oleh Sébastien Vaniček. Filem ini turut dibarisi oleh pelakon yang terdiri daripada Souheila Yacoub, Tandi Wright, Hunter Doohan, Luciane Buchanan, Errol Shand, Maude Davey, George Pullar, serta Greta Van Den Brink.

Leave a Reply