Apple TV telah melancarkan treler untuk Star City , sebuah siri baharu yang memperluaskan dunia For All Mankind. Berbeza dengan siri asalnya, naratif alt-history lapan episod ini mengambil sudut pandang dari pihak Kesatuan Soviet.
Siri bergenre thriller ini mengisahkan senario di mana blok Soviet tersebut berjaya menjadi negara pertama yang meletakkan manusia di permukaan bulan. Penceritaannya menumpukan kepada kehidupan individu-individu di sebalik Tirai Besi, merangkumi barisan angkasawan, jurutera, serta pegawai perisikan yang tertanam di dalam program angkasa lepas negara itu.
Dicipta oleh Ben Nedivi, Matt Wolpert, dan Ronald D. Moore , Star City akan menemui penonton bermula Jumaat, 29 Mei. Siaran perdana tersebut merangkumi dua episod pertama, dan diikuti dengan siaran satu episod baharu pada setiap hari Jumaat sehingga 10 Julai di platform Apple TV.




Siri ini diterbitkan untuk Apple TV oleh Sony Pictures Television. Barisan pelakon yang membintangi judul ini termasuk Rhys Ifans dan Solly McLeod (House of the Dragon), Anna Maxwell Martin (Motherland), Agnes O’Casey (Black Doves), Alice Englert (Bad Behaviour), Adam Nagaitis (Chernobyl), Ruby Ashbourne Serkis (I, Jack Wright), Josef Davies (Andor), dan Priya Kansara (Bridgerton).
Wolpert dan Nedivi menggalas tanggungjawab sebagai showrunner. Mereka turut menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif bersama-sama Moore, Maril Davis dari Tall Ship Productions, Andrew Chambliss, dan Steve Oster.


