Susur masa siri Assassin’s Creed boleh dibahagikan kepada sebelum dan selepas hikayat Ezio Auditore. Menerusi Assassin’s Creed Black Flag, siri ini memasuki era kemuncak kerana pengenalan mod pelayaran kapal yang menarik.
Walaupun Black Flag dilancarkan 13 tahun lalu, ia masih dianggap sebagai permainan yang terbaik dalam siri ini. Menerusi Assassin’s Creed Black Flag Resynced, Ubisoft ingin menarik sebelum pemain yang sudah lama meninggalkan Animus untuk kembali ke dunia AC.
Setelah beberapa kali tertiris, Assassin’s Creed Black Flag Resynced disahkan akan dijual pada 9 Julai ini di PlayStation, Xbox dan PC. Ia adalah versi olahan sepenuhnya permainan asal menggunakan enjin serta model daripada Skull and Bones.
Perubahan dapat dilihat pada model watak yang lebih terperinci, animasi wajah lebih tepat, peningkatan poligon, tekstur berkualiti tinggi, sistem cuaca dinamik dan beberapa mod permainan yang tidak digemari dalam permainan asal telah diubah. Sistem pertarungan juga diolah membolehkan Edward Kenway melakukan rantaian serangan ke atas musuh menggunakan pelbagai senjata yang dimiliki.

Penambahan pada jalan cerita juga dilakukan dengan lebih banyak interaksi dengan watak lanun terkemuka seperti Black Beard dan Benjamin Hornigold. Kapal Jackdaw dilengkapi lebih banyak senjata (mengambil inspirasi daripada Skull and Bones) dan pemain boleh melantik Officers yang menawarkan ciri unik pada Jackdaw seperti senjata lebih berkuasa dan pertahanan lebih baik.

Selepas beberapa tahun siri Assassin’s Creed menawarkan permainan yang kurang mendapat sambutan kerana sudah menjadi sebuah RPG, kembali “melaraskan” semula siri menerusi Resynced mungkin yang dimahukan oleh peminat.
Bagi pengguna PC, di bawah ialah spesifikasi untuk menjalankan Resynced pada tetapan minima dan disyorkan.
Keperluan Sistem Minima
Sasaran: 1920×1080, 30 FPS, Pratetap Rendah (Low), Ray Tracing – Standard, Upscaler – Seimbang (Balanced)
- CPU: Intel Core i7-8700K 3.7 GHz, AMD Ryzen 5 3600 3.6 GHz
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1660 (6GB), AMD Radeon RX5500XT (8GB) atau Intel ARC A580 (8GB)
- RAM: 16GB (Konfigurasi Dual-channel)
- Ruang Storan: 65 GB (Wajib SSD)
- Sistem Operasi (OS): Windows 11
Keperluan Sistem Disyorkan (Full HD)
Sasaran: 1920×1080, 60 FPS, Pratetap Sederhana (Medium), Ray Tracing – Standard, Upscaler – Seimbang (Balanced)
- CPU: Intel Core i5-10600K 4.1 GHz, AMD Ryzen 5 3600 3.6 GHz
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3060 (12GB), AMD Radeon RX6600XT (8GB), atau Intel ARC B580 (12GB)
- RAM: 16GB (Konfigurasi Dual-channel)
- Ruang Storan: 65 GB (Wajib SSD)
- Sistem Operasi (OS): Windows 11
Keperluan Sistem Disyorkan (2K)
Sasaran: 2560×1440 (2K), 60 FPS, Pratetap Tinggi (High), Ray Tracing – Standard, Upscaler – Seimbang (Balanced)
- CPU: Intel Core i5-11600K 3.9 GHz, AMD Ryzen 5 5600X 3.7 GHz
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3080 (10GB) atau AMD Radeon RX6800XT (16GB)
- RAM: 16GB (Konfigurasi Dual-channel)
- Ruang Storan: 65 GB (Wajib SSD)
- Sistem Operasi (OS): Windows 11
Keperluan Sistem Disyorkan (4K)
Sasaran: 3840×2160 (4K), 60 FPS, Pratetap Ultra, Ray Tracing – Lanjutan (Extended), Upscaler – Kualiti (Quality)
- CPU: Intel Core i7-12700K 3.6 GHz, AMD Ryzen 7 5700X3D 3 GHz
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 4090 (24GB) atau AMD Radeon RX7900XTX (24GB)
- RAM: 16GB (Konfigurasi Dual-channel)
- Ruang Storan: 65 GB (Wajib SSD)
- Sistem Operasi (OS): Windows 11


