Selepas tertunda tanpa tarikh baharu, Sony Pictures Animations telah mengumumkan yang filem animasi Spider-Man: Beyond the Spider-Verse akan ditayangkan pada 4 Jun 2027. Selain itu mereka juga berkongsi gambar-gambar baharu daripada filem tersebut.

Dalam Spider-Man: Beyond the Spider-Verse, Miles Morales terperangkap di dimensi Earth-42 dan terpaksa berhadapan dengan versi ganti dirinya yang merupakan seorang “penjahat”. Sementara itu, Gwen Stacy mengumpulkan pasukan Spider-People baharu untuk merentasi multiverse demi menjejaki dan menyelamatkan Miles. Pada masa yang sama, Miles terpaksa berlumba dengan masa untuk pulang ke dunia asalnya bagi menyelamatkan nyawa ayahnya daripada ancaman The Spot. Namun, usahanya dihalang oleh Miguel O’Hara dan Spider-Society yang terus memburunya, memaksa Miles berjuang menentang takdir demi menulis jalan ceritanya sendiri.

Beyond the Spider-Verse merupakan filem ketiga di dalam siri Spider-Verse ini, dengan filem pertama Spider-Man: Into the Spider-Verse tiba pada tahun 2018, diikuti Spider-Man: Across the Spider-Verse pada tahun 2023.

Leave a Reply