Ubisoft bakal mempertontonkan Assassin’s Creed Black Flag Resynced kepada umum secara rasmi melalui sebuah siaran pameran khas yang dijadualkan pada 24 April ini. Acara tersebut akan bermula tepat pada jam 12 tengah malam mengikut waktu tempatan.

Para penonton boleh mengikuti siaran pendedahan sedunia ini yang akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran rasmi Ubisoft di platform YouTube dan Twitch.
Resynced merupakan versi olahan semula untuk Assassin’s Creed IV: Black Flag yang telah berjaya merekodkan jumlah pemain 34 juta orang setakat tahun 2023. Sejak pelancaran pertama siri ini pada tahun 2007, francais Assassin’s Creed secara keseluruhannya telah mencatatkan jualan melebihi 230 juta unit.


