Siri komedi romantik Korea terbaharu, Perfect Crown, telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi untuk siri Korea di platform penstriman Disney+ secara global. Rekod tontonan ini adalah berdasarkan data yang dikumpul dalam tempoh lima hari pertama siarannya.

Siri yang memulakan tayangan pada 10 April ini diarahkan oleh Park Joonhwa manakala skripnya ditulis oleh Yoo Jiwon. Dua episod pertama sudah tersedia untuk ditonton di platform tersebut. Episod baharu akan disiarkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, sehinggalah siri ini melabuhkan tirai dengan episod akhirnya pada 16 Mei.
Peneraju utama siri ini ialah IU yang memegang watak Hui-ju, calon kedua untuk mewarisi salah sebuah syarikat konglomerat terbesar di Korea, dan Byeon Wooseok yang memainkan watak Putera I-An. Jalan cerita Perfect Crown menumpukan kepada I-An yang terlibat dalam perebutan kuasa bersama ahli keluarga diraja yang lain. Akibat asakan untuk mendirikan rumahtangga, dia bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan atas dasar kepentingan peribadi dengan Hui-ju. Namun, rancangan awal mereka terganggu apabila masing-masing mula memendam perasaan antara satu sama lain.
Disney+ boleh dilanggan dengan harga bermula RM29.90.
Baca: Perfect Crown – IU Bersinar Di Sebalik Kisah Yang Terasa Biasa


