Dalam banyak-banyak konsol dekad 90an, Neo Geo ialah konsol paling premium sehingga tidak mampu dibeli ramai. Ia menawarkan grafik tahap arked sebenar di rumah. Lebih 30 tahun lalu, satu-satunya cara untuk menikmati Neo Geo ialah dengan menyewanya di kedai game pada harga mahal RM15 satu jam sedangkan konsol lain seperti SNES dan MegaDrive hanya RM5 sejam

Hari ini Neo Geo AES+ diumumkan sempena ulang tahun ke-35 Neo Geo asal. Ia dikeluarkan oleh Dikeluarkan oleh Plaion, dengan reka bentuk hampir sama seperti model asal. Hampir sama kerana ia hadir dengan beberapa ciri diperlukan konsol moden.

Ia mempunyai sambungan HDMI sehingga 1080p, masih mempunyai output AV untuk sambungan ke CRT, mod overclock dan BIOS boleh diubah untuk pilihan bahasa serta negara berbeza. Mengapa ini disertakan? Kerana Neo Geo AES+ boleh menyokong katrij asal Neo Geo.

Ia turut hadir dengan alat kawalan berwayar dan nirwayar. Versi biasa ditawarkan dalam warna hitam tetapi versi terhad warna putih juga dijual bagi mereka yang inginkan kelainan serta 10 permanian klasik Neo Geo disertakan sekali seperti senarai di bawah. Neo Geo AES+ akan dijual bermula Harga 12 November 2026 pada harga €199.99 (RM 932) dan edisi terhad pula pada harga €899 (~RM 4091).

  • Metal Slug
  • The King of Fighters 2002
  • Garou: Mark of the Wolves
  • Big Tournament Golf
  • Shock Troopers
  • Samurai Shodown V Special
  • Pulstar
  • Twinkle Star Sprites
  • Magician Lord
  • Over Top

Leave a Reply