Susulan daripada pengumuman oleh Astro yang saluran HBO tidak lagi tersedia di perkhidmatan mereka, Unifi TV telah mengumumkan yang mereka kini menjadi ‘rumah’ rasmi untuk saluran HBO, HBO Hits, HBO Family, dan Cinemax di Malaysia.

Syarikat tersebut telah memeterai perjanjian bersama Warner Bros. Discovery untuk mendapatkan hak pengedaran eksklusif bagi keempat-empat saluran premium berkenaan. Perjanjian ini menjadikan Unifi TV satu-satunya platform yang dibenarkan untuk menawarkan siaran ini kepada pasaran tempatan.

Akses kepada rangkaian saluran HBO ini ditawarkan secara eksklusif melalui langganan Super Star Pack, Max Plus Pack, dan Max Pack. Pakej-pakej ini bermula pada harga serendah RM21 sebulan dan turut merangkumi akses penuh ke platform penstriman HBO Max.

Bersempena dengan pengumuman ini, Unifi membuka akses percuma untuk keempat-empat saluran HBO tersebut kepada semua pelanggannya sehingga 4 April 2026. Selain pasaran isi rumah, hak pengedaran eksklusif ini juga merangkumi sektor hospitaliti di mana pihak hotel boleh terus menawarkan saluran HBO dan Cinemax kepada tetamu.

Leave a Reply