Xbox nampaknya masih hidup dan konsol generasi seterusnya daripada Microsoft kini sedang dibangunkan di bawah Project Helix. Ini baru sahaja diumumkan oleh CEO Xbox Asha Sharma dengan maklumat mengenai Helix akan didedahkan di GDC minggu depan.

Beliau mengesahkan Xbox generasi baharu boleh menjalankan permainan Xbox dan juga PC pada waktu yang sama. Ini mengesahkan ura-ura yang didengari sejak setahun lalu dan sudah dijangka selepas ROG Xbox Ally dilancarkan.

Kemampuan menjalankan permainan Xbox dan PC secara serentak akan memberikan kelebihan kepada Xbox berbanding konsol lain di pasaran. Dengan sokongan permainan lama pula, dari hari pertama Helix akan mempunyai ribuan katalog permainan yang boleh diakses.

Ini mungkin menjadi sebab mengapa Sony dilaporkan hanya akan menawarkan permainan multi-pemain seperti Hell Divers dan Marathon ke PC selepas ini. Permainan satu pemain terbitan Sony Studios seperti God of War dan siri Horizons akan kembali ekslusif di PlayStation selepas ini.

Leave a Reply