Pelanggan Disney+ bakal menerima pelbagai kandungan menarik pada bulan Februari ini. Platform penstriman ini membawakan gabungan filem terkini, siri drama yang dinanti-nantikan, serta rancangan realiti unik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama ada anda peminat aksi fiksyen sains atau drama yang menyentuh hati, terdapat pelbagai pilihan untuk setiap citarasa penonton bermula bulan ini.

Sorotan utama bagi bulan Februari adalah tayangan filem Predator: Badlands pada 12 Februari. Filem yang berlatarbelakangkan masa hadapan di sebuah planet terpencil ini menampilkan Elle Fanning dan Dimitrius Schuster-Koloamatangi. Ia mengisahkan seorang Predator muda yang terbuang dari kumpulannya dan menjalinkan kerjasama dengan Thia dalam satu pengembaraan berbahaya demi mencari lawan yang terunggul.

Bagi peminat drama dan komedi, filem Rental Family akan menemui penonton pada 18 Februari. Filem arahan HIKARI yang berlatarbelakangkan Tokyo moden ini dibintangi oleh pemenang Anugerah Akademi, Brendan Fraser, sebagai seorang pelakon Amerika yang kesepian. Beliau kemudiannya bekerja dengan agensi “keluarga sewaan” untuk memegang watak bagi orang asing yang inginkan teman, di mana lakonan dan realiti mula bercampur aduk sehingga membangkitkan semula sifat kemanusiaannya.

Peminat hiburan Korea pula boleh menantikan Battle of Fates pada 11 Februari. Rancangan realiti ini menghimpunkan peramal nasib, dukun, dan pakar tarot dari seluruh negara untuk bertanding menggunakan kebolehan masing-masing dalam pelbagai cabaran bagi membuktikan kehebatan mereka.

Selain itu, siri Paradise kembali untuk Musim 2 pada 23 Februari. Siri ini membawa penonton ke komuniti elit yang tenang, namun ketenangan tersebut hancur apabila satu pembunuhan mengejutkan berlaku dan mencetuskan penyiasatan berprofil tinggi. Senarai kandungan bulan ini turut dimeriahkan dengan kepulangan The Artful Dodger Musim 2 pada 10 Februari , serta siri baharu Scrubs (2026) yang memulakan siaran pada 26 Februari.

Jadual Penuh Siaran Februari 2026

Berikut adalah senarai tarikh siaran untuk kandungan baharu di Disney+ Hotstar bulan ini:

Minggu Pertama

  • 1 Februari: Medalist Musim 2 (Episod 2)
  • 4 Februari: High Potential Musim 2 (Episod 12)
  • 4 Februari: The Muppet Show
  • 5 Februari: Ella McCay

Minggu Kedua

  • 10 Februari: The Artful Dodger Musim 2
  • 11 Februari: Battle of Fates
  • 11 Februari: Abbott Elementary Musim 5 (Episod 13)
  • 12 Februari: Predator: Badlands
  • 13 Februari: Stay

Minggu Ketiga

  • 18 Februari: Rental Family
  • 18 Februari: The Simpsons Musim 37 (Episod 12)
  • 19 Februari: The Beauty Musim 1 (Episod 7)
  • 20 Februari: In Your Radiant Season Musim 1 (Episod 1)

Minggu Keempat

  • 23 Februari: Paradise Musim 2
  • 26 Februari: Scrubs (2026) Musim 1 (Episod 1)
  • 27 Februari: Grey’s Anatomy Musim 22 (Episod 11)

Disney+ boleh dilanggan dengan harga RM29.90 sebulan.

Leave a Reply