Filem aksi nyata Helldivers kini sah akan diarahkan oleh Justin Lin yang mengukir nama menerusi siri filem Fast and Furious. Filem yang diterbitkan oleh Sony Pictures ini turut akan menerima sentuhan penulis Gary Dauberman yang menghasilkan skrip filem It dan Annabelle.

Filem ini akan merealisasikan siri permainan video popular Sony ini ke layar perak. Helldivers 2 misalnya terjual lebih 12 juta unit di PlayStation 5, Xbox Series S/X dan PC. Ia mengitar semula konsep filem Starship Troopers dengan pemain mengawal akar untuk empayar Super Earth menentang makhluk asing dan robot di puluhan planet.
Tidak akan timbul isu filem ini mempunyai persamaan dengan Starship Troopers kerana filem ini juga diterbitkan oleh Sony sebelum ini.
[sumber] Hollywood Reporter [/sumber]


