Bersempena dengan siaran untuk musim terakhir Stranger Things, Netflix telah menganjurkan satu acara menarik untuk peminat-peminat di Malaysia iaitu Stranger Rides yang akan berlangsung dari 27 hingga 30 November 2025.

Ia dianjurkan bersempena dengan acara global One Last Adventure, ketika acara ini pengunjung berpeluang untuk menaiki beca yang telah dihias khas dengan elemen siri ini. Beca ini akan membawa penumpang mengimbau nostalgia Hawkins dan California era 1980-an, sehinggalah kepada pertemuan menyeramkan dengan raksasa dari dunia Upside Down.

Selain pengalaman menaiki beca, kawasan sekitar lokasi acara di Bangunan Getah Asli , Jalan Ampang akan bertukar wajah menjadi dunia Upside Down dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk:

  • Mencabar skor tinggi Mad Max di Palace Arcade.
  • Menyelesaikan susun suai gambar Demogorgon terpantas.
  • Menikmati hidangan dari trak makanan bertemakan Stranger Things.
  • Mengumpul setem pada pasport aktiviti untuk menebus barangan eksklusif Stranger Things.

Berikut merupakan maklumat lanjut untuk acara Stranger Rides:

  • Lokasi: Daily Dose Coffee @ Bangunan Getah Asli (Menara), Jalan Ampang, Kampung Baru, KL.
  • Tarikh & Masa:
    • 27 November: 9.00 malam – 11.00 malam
    • 28 – 30 November: 6.00 petang – 11.00 malam
  • Tempahan: Boleh dibuat melalui laman web StrangerRides.my (kemasukan adalah terhad).

Stranger Things 5 akan mula disiarkan di Netflix pada 27 November untuk Bahagian Pertama, 26 Disember untuk Bahagian Kedua dan 1 Januari untuk episod akhir.

Leave a Reply