Rockstar telah mengumumkan yang permainan Red Dead Redemption dan Undead NIghtmare akan dilancarkan pada 2 Disember 2025 untuk konsol terkini iaitu PlayStation 5, Xbox Series, dan juga Nintendo Switch 2. Selain itu, ia juga akan dilancarkan untuk telefon pintar bagi iOS dan Android, termasuk juga melalui langganan Netflix.
Di PS5 dan juga Xbox Series, permainan ini boleh dimainkan dengan kelancaran 60FPS, dengan resolusi sehingga 4K dan sokongan HDR. Manakala di Nintendo Switch 2 ia juga akan menerima kelancaran 60FPS, sokongan DLSS, HDR dan kawalan tetikus menggunakan joycon.
Bagi yang sudah memiliki permainan ini di PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One (versi Xbox 360), naik taraf percuma tersedia. Selain itu, pemilik di PS4 dan juga Nintendo Switch juga boleh menggunakan fail simpanan yang sama untuk meneruskan sesi permainan.
Versi terbaru ini dihasilkan dengan kerjasama Double Eleve dan Cast Iron Games, ia juga akan tersedia di pustaka permainan GTA+ dan katalog permainan PlayStation Plus pada tarikh yang sama.


