Hampir setahun selepas PC Game Pass dinaikkan harga daripada RM15 ke RM20, Microsoft telah sekali lagi meningkatkan harga untuk langganan tersebut kepada RM25 bermula hari ini. Harga baharu ini akan bermula apabila langganan sedia ada anda tamat.

Selain itu, mereka juga juga telah mengumumkan peningkatan harga untuk pakej Ultimate yang kini ditawarkan dengan harga bermula $29.99 yang juga akan menerima langganan Fortnite Crew bersama bermula November ini.

Buat masa ini, pakej lain iaitu Essential, Premium, dan Ultimate tidak ditawarkan di Malaysia berkemungkinan kerana tiadanya penawaran rasmi konsol Xbox Series dan juga Cloud yang kini turut disertakan di dalam Essential dan Premium.

Manakala bagi PC Game Pass, ia masih mengekalkan penawaran kesemua permainan oleh Xbox Game Studios akan disertakan pada hari pelancaran, berbeza dengan pakej Premium yang hanya akan menerima selepas setahun dilancarkan dan Essential yang tidak akan menerimanya sehingga ditawarkan.

Leave a Reply