Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Versi Video

Alien: Earth

Platform: Disney+ Hotstar

Alien merupakan satu francais yang sudah berumur hampir 50 tahun, akan tetapi siri ini merupakan buat pertama kali ia ditawarkan dalam format ini. Bukan itu sahaja, siri ini juga membawa penceritaan dua tahun sebelum kejadian di dalam Alien yang diterbitkan pada tahun 1979. Ini menjadikan ia satu siri yang baik bukan sahaja untuk pengikut setia tetapi juga yang baru ingin mengenali mengenai dunia Alien. Siri ini memfokuskan kepada kapal Maginot yang terhempas di bumi yang mempunyai ancaman tersendiri.

Night Always Comes

Platform: Netflix

Vanessa Kirby sebagai Lynette di dalam filem ini perlu berusaha sedaya upaya termasuk juga menghadapi kisah silam yang gelapnya untuk memastikan dia mendapat satu rumah yang boleh menjaminkan masa depannya. Filem ini diarahkan oleh Benjamin Caron berdasarkan skrip oleh Sarah Conradt yang mengadaptasi novel berjudul The Night Always Comes oleh Willy Vlautin.

Pengepungan Di Bukit Duri

Platform: Prime Video

Filem terbaru oleh Joko Anwar ini adalah mengenai satu kisah mengenai seorang guru, Edwin yang sedang berusaha mencari anak saudaranya atas permintaan kakaknya yang sakit. Pencarian tersebut membawanya ke Sekolah Bukit Duri yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar buangan. Keadaan bertambah teruk apabila rusuhan anti orang cina tercetus yang membawa bahaya tambahan kepada Edwin yang menjadi sasaran pelajar dan juga anak saudaranya juga.

Betty La Fea The Story Continue (Musim 2)

Platform: Prime Video

Bagi yang mengikuti Ugly Betty yang popular suatu ketika dahulu, ini adalah Betty La Fea The Story Continue iaitu siri sekuel untuk siri tersebut, dan minggu ini, musim kedua untuknya mula disiarkan yang terus membawa penceritaan berkait dengan Betty yang melalui pelbagai cabaran terutama dengan perhubungannya dengan anak dan suaminya.

How To Train Your Dragon (2025)

Platform: Apple TV/Google TV (Beli)

How to Train Your Dragon merupakan satu siri animasi yang popular dan telah dikembangkan dengan beberapa filem dan juga siri animasi, dan kini ia juga menerima sentuhan aksi nyata. Sesuatu yang sering dikatakan sebagai ‘cash grab‘ sahaja, berbeza dengan filem ini kerana ia membawa satu pengalaman yang berlainan berbanding dengan versi animasi walaupun masih membawa satu penceritaan yang sama sahaja dengan perubahan yang sangat minimal.

Leave a Reply