Helldivers 2, permainan video penembak multi-pemain keluaran Arrowhead Games Studios dan Sony Interactive Entertainment ialah salah satu permainan video paling popular pada tahun 2024 sebagai pemain penembak manusia menentang makhluk asing yang hadir dengan premis menarik dimana penceritaan permainan ini akan bertukar bergantung kepada aktiviti pemain.

Terkini, pihak Microsoft baru sahaja mengumumkan bahawa Helldivers 2 akan tiba di konsol Xbox Series X dan Series S pada 26 Ogos 2025 ini. Walaupun secara asasnya permainan ini diperlihatkan pada dua platform, iaitu PlayStation 5 dan PC, ia dilihat sebagai kali pertama bahawa sebuah permainan “eksklusif” pada konsol PlayStation diperlihatkan pada konsol Microsoft Xbox.

Helldivers 2 untuk Xbox akan hadir dengan dua versi, iaitu Standard untuk $39.99 dan Super Citizen Edition untuk $59.99 yang akan hadir dengan kandungan tambahan. Ia juga akan hadir dengan sokongan dimainkan secara multi-platform bersama-sama pemain di konsol PlayStation 5 dan juga PC, dan tidak memerlukan log masuk ke akaun PlayStation untuk memainkannya.

Pra-tempahan untuk permainan ini juga telah dibuka bermula hari ini.

Leave a Reply