Wau Animation dan Primeworks telah mengumumkan yang Ejen Ali the Movie 2 yang sebelum ini baru sahaja mengatasi kutipan filem pertama, memecah satu lagi rekod apabila telah mengutip RM40.6 juta dan sekali gus menjadi filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dan mengatasi kutipan Frozen II untuk menjadi filem animasi kedua dengan kutipan tertinggi di Malaysia.

Sasaran seterusnya sudah semestinya Ne Zha 2 iaitu satu fenomena sebelum ini dan di Malaysia telah mengutip RM52 juta. Dengan filem Ejen Ali ini masih ditayangkan di kebanyakan pawagam, dan terus menerima jumlah penonton yang baik ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Bagi Wau Animation dan Primeworks, kejayaan ini membuktikan bahawa francais animasi tempatan seperti Ejen Ali terus menjadi pilihan utama penonton, berdasarkan reaksi positif yang diterima dari penonton dalam semua peringkat umur sepanjang 13 hari tayangan setakat ini.


