Berdasarkan senarai filem dibawah Skim Wajib Tayang oleh FINAS, setakat 29 Mei 2025 sudah terdapat 29 filem yang diterbitkan. Daripada kesemua 29 filem tersebut, ia telah mengutip RM108 juta dengan majoriti disumbangkan oleh Blood Brothers: Bara Naga dengan kutipan RM73 juta.
Berikut merupakan 10 filem tempatan dengan kutipan tertinggi setakat Mei 2025:
- Blood Brothers: Bara Naga – RM73.13 juta
- Ejen Ali the Movie 2 – RM14.82 juta*
- Money Games – RM9.44 juta
- Gayong – RM4.06 Juta
- Game of Life The Movie – RM3.25 juta
- Moms Big News – RM2.40 Juta
- Telaga Suriram – RM1.71 juta
- Dajal: Satu Malam Dipedajal – RM880 Ribu
- Bisikan Dosa – RM604 Ribu
- 6 Jilake – RM490 Ribu
*Ejen Ali the Movie 2 mengikut pengumuman rasmi telah mengutip RM34.2 juta, tetapi tidak dikemaskini oleh FINAS lagi (dilakukan secara mingguan).
Walaupun senarai ini merupakan 10 filem dengan kutipan tertinggi tetapi hanya filem seperti Blood Brothers, Ejen Ali dan Money Games boleh dikatakan berjaya dengan filem-filem lain masih mempunyai kutipan yang agak rendah.
Teruskan menyokong filem tempatan.


