Wau Animation dan Primeworks Studios telah mengumumkan yang filem Ejen Ali The Movie 2 telah mengutip RM34.2 juta selepas 11 hari tayangan termasuk juga dua hari tayangan awal untuk peminat.

Dengan pencapaian ini, ia sekaligus mengatasi kutipan keseluruhan bagi filem pertama yang mengutip RM32.5 juta sepanjang tayangannya. Ia juga memerlukan lebih kurang RM2 juta untuk mengatasi rekod kutipan filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi iaitu Mechamato Movie sebanyak RM35.8 juta.

Dengna penerimaan yang baik daripada penonton dan juga pengulas, termasuk juga kami sendiri yang memberikannya skor 9/10. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan Ejen Ali the Movie 2.

Leave a Reply