Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Fantasy Life i: The Girl Who Steals Time

Platform: PlayStation, Xbox Series, Nintendo Switch, PC

Permainan simulasi kehidupan ini akhirnya menerima permainan baharu selepas permainan pertama dilancarkan pada tahun 2012. Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih satu daripada 12 pekerjaan dan perlu melakukan pelbagai tugasan untuknya. Pemain juga boleh menukar-menukar pekerjaan pada bila-bila masa. Selain itu, pemain juga akan membina semula sebuah pulau dengan menggunakan mekanik time travel untuk kembali ke masa silam.

Blades of Fire

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Bagi memastikan kuasanya tidak tercabar, Queen Nerea telah melakukan sumpahan untuk menukar senjata-senjata musuhnya menjadi batu. Namun, dengan bantuan daripada tukul istimewa pemain akan membawa watak Aran de Lira yang di dalam pengembaraan untuk mencabar Queen Nerea kerana kekejamannya tersebut.

Onimusha 2: Samurai’s Destiny

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Permainan kedua untuk siri Onimusha ini telah dilancarkan pada tahun 2002 lagi, akan tetapi ia tidak pernah dilancarkan selain daripada PlayStation 2. Melalui versi penambah-baikkan, ia bukan sahaja dilancarkan untuk lebih banyak konsol tetapi juga menerima grafik yang lebih baik, kadar kelancaran sehingga 60FPS dan pemain juga boleh memilih untuk bermain dengan paparan lebar atau bermain dengan pengalaman klasik 4:3. Terdapat juga pelbagai quality of life seperti memudahkan penukaran senjata yang sudah semestinya akan dihargai oleh pemain.

Deliver At All Costs

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Premis permainan ini adalah ringkas sahaja, anda akan menjadi Winston Green iaitu penghantar barangan yang perlu melakukan apa sahaja untuk menghantar barangan ke tujuannya, termasuk juga menghancurkan separuh daripada kawasan. Permainan ini dimainkan dengan pandangan isometrik dan setiap bangunan ataupun hiasan di persekitaran boleh dihancurkan.

JDM: Japanese Drift Master

Platform: PC

Permainan lumba kereta ini memberi peluang kepada pemain bukan sahaja untuk memperlihatkan kemahiran mengawal kereta tetapi juga mengamati penceritaan-penceritaan menarik yang disampaikan dalam bentuk manga. Pemain juga boleh menjelajah kesemua kawasan dunia terbuka yang dihasilkan berdasarkan kawasan sebenar di Jepun.

Leave a Reply