Bermula 18 Mac hingga 20 April 2026, pelanggan di Malaysia boleh melanggan perkhidmatan penstriman HBO Max pada separuh harga. Promosi potongan 50% ini menurunkan harga penstriman untuk langganan Standard serta Premium untuk bulanan dan juga tahunan.
Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu serta bekas pelanggan yang tidak mempunyai langganan aktif pada masa ini. Promosi ini tidak sah untuk pelan berkas (bundle) seperti dengan Viu.
Akaun langganan HBO Max membenarkan penciptaan sehingga lima profil berasingan. Setiap profil dilengkapi dengan kebolehan untuk menukar avatar, menyimpan kandungan kegemaran, dan memuat turun siri untuk tontonan luar talian.
Terdapat juga tetapan khusus untuk kanak-kanak yang merangkumi penapisan kandungan mengikut kesesuaian umur berserta kawalan ibu bapa. Pendaftaran untuk menikmati harga promosi ini boleh dibuat secara terus melalui laman web rasmi mereka di www.hbomax.com atau menerusi penyedia pihak ketiga seperti gedung aplikasi.
Baru-baru ini, penawaran saluran HBO di Astro telah ditamatkan yang turut memberi kesan kepada langganan untuk HBO Max, dengan penawaran ini beralih kepada Unifi TV. Pelanggan-pelanggan yang terkesan sudah semestinya boleh mengambil peluang ini untuk kembali melanggan.


