Rockstar telah berkongsi treler terbaru untuk Grand Theft Auto VI selepas mengumumkan penundaan sebelum ini. Mereka juga telah berkongsi maklumat lanjut mengenai permainan ini termasuk juga beberapa watak penting untuknya.
Berikut antara watak yang dikongsi termasuk juga dua watak yang akan dikawal oleh pemain iaitu Jason dan Lucia.
Jason Duval
Jason mahukan hidup yang mudah, tapi segalanya makin rumit.
Jason dibesarkan dalam kalangan penipu dan penjenayah. Selepas menyertai tentera untuk meninggalkan zaman remajanya yang bermasalah, dia akhirnya kembali ke Keys dan buat apa yang dia paling mahir — bekerja dengan pengedar dadah tempatan. Mungkin sudah tiba masanya untuk cuba sesuatu yang baru.


Lucia Caminos
Ayah Lucia mengajarnya bertarung sebaik sahaja dia mula berjalan.
Sejak itu, hidup sentiasa menyerangnya tanpa henti. Berlawan demi keluarganya telah membawa Lucia ke Penjara Leonida. Nasib semata-mata yang membebaskannya. Lucia sudah belajar daripada kesilapan — selepas ini, mesti berhati-hati di dalam mengambil langkah seterusnya.
Apa yang Lucia paling impikan adalah kehidupan yang baik seperti yang selalu diidamkan oleh ibunya sejak zaman mereka di Liberty City — tapi kali ini, bukan angan kosong. Lucia bersedia untuk mengawal nasibnya.


Boobie Ike
Boobie ialah legenda tempatan di Vice City — dan dia hidup untuknya. Salah seorang yang berjaya ubah masa silam di jalanan menjadi empayar sah termasuk hartanah, kelab tari, dan studio rakaman. Boobie sentiasa tersenyum — kecuali bila tiba masa untuk berbicara perihal perniagaan.
Dia kelihatan seperti pentingkan diri, tapi pelaburan sebenar Boobie ialah kerjasama dengan anak muda yang bercita-cita tinggi dalam muzik, Dre’Quan, untuk label Only Raw Records — sekarang mereka cuma perlukan satu lagu yang berjaya.


DreQuan Priest
Dre’Quan sejak dulu lebih kepada usahawan jalanan berbanding gangster. Walaupun mula-mula jual dadah untuk hidup, muzik sentiasa jadi matlamat hidupnya.
Kini setelah menandatangani kumpulan Real Dimez, hari-harinya menempah persembahan di kelab tari Boobie mungkin sudah hampir tamat — dia kini fokus untuk menakluki dunia muzik Vice City.


Brian Heder
Tiada yang lebih baik daripada Mudslide saat matahari terbenam.
Brian ialah pengedar dadah klasik dari era kegemilangan penyeludupan di Keys. Masih aktif menghantar bekalan melalui limbungan dengan isteri ketiganya, Lori. Brian dah cukup lama dalam dunia ni untuk biar orang lain buat kerja kotor.
Brian benarkan Jason tinggal percuma di salah satu hartanahnya — asalkan Jason tolong dengan kerja-kerja ‘kutipan’ tempatan dan datang sekali-sekala untuk nikmati sangria buatan Lori.


Cal Hampton
Rakan Jason dan juga kenalan Brian, Cal paling selesa duduk di rumah, curi dengar komunikasi Pengawal Pantai sambil minum bir dan melayari ‘internet’
Cal berada di dasar masyarakat Amerika dan dia selesa di situ. Paranoia ringan perlukan kawan, tapi Jason ada rancangan yang jauh lebih besar.


Raul Bautista
Yakin diri, menawan, dan licik — Raul ialah perompak bank berpengalaman yang sentiasa mencari bakat baharu yang berani ambil risiko untuk ganjaran besar.
Keberanian Raul menaikkan taruhan setiap kali mereka melakukan rompakan. Sekarang atau kemudian, kumpulannya perlu memilih untuk teruskan atau tarik diri.


Real Dimez
Bae-Luxe dan Roxy, dikenali sebagai Real Dimez, mereka sudah berkawan sejak sekolah menengah — gadis bijak yang tahu cara untuk ‘mengenakan’ pengedar tempatan menjadi wang tunai hasil trek rap panas dan personaliti di media sosial.
Sebuah single awal bersama rapper tempatan DWNPLY melonjakkan Real Dimez ke tahap baru. Kini, selepas lima tahun dan pelbagai masalah, mereka menyertai oleh Only Raw Records dengan harapan untuk mengembalikan kegemilangan kumpulan mereka.

