Skip to main content

ASUS telah memperkenankan siri laptop baharu iaitu ASUS Gaming yang memfokuskan kepada laptop berkuasa tetapi dengan rekaan yang menawan dan ringan khusus untuk pemain, pencipta kandungan dan juga pelajar yang inginkan laptop pelbagai guna.

Mereka juga telah mengumumkan dua model yang dilancarkan iaitu ASUS Gaming V16 dan ASUS Gaming K16.

ASUS Gaming V16

ASUS Gaming V16 hadir dengan skrin 16-inci, FHD+, dengan kadar kelancaran sehingga 144Hz. Di dalam ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core 5 210H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050. Bagi memori pula, ia hadir dengan 16GB RAM dan 512GB storan SSD.

ASUS Gaming V16 ditawarkan dengan harga RM3,999 yang juga turut ditawarkan bersama dengan Microsoft 365 Basic selama setahun dan langganan PC Game Pass selama 3 bulan.

ASUS Gaming K16

ASUS Gaming K16 juga hadir dengan skrin 16-inci, FHD+, sokongan kadar kelancaran sehingga 144Hz. Ia dikuaskan dengan cip pemprosesan Intel Core i5-13420H dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050. Bagi memori pula, ia hadir dengan 16GB RAM dan 512GB storan SSD.

ASUS Gaming K16 ditawarkan dengan harga RM3,599 yang juga turut ditawarkan bersama dengan Microsoft 365 Basic selama setahun dan langganan PC Game Pass selama 3 bulan.

Kedua-dua model ini sudah ditawarkan di pengedar-pengedar rasmi ASUS bermula 25 April lepas.

Leave a Reply