Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Forza Horizon 5

Platform: PlayStation 5, (Xbox Series, PC)

Setelah sekian lama menjadi permainan yang eksklusif untuk platform Microsoft (Xbox dan PC), Xbox Game Studios akhirnya memilih untuk menawarkan pengalaman permainan Forza Horizon buat pertama kali bagi pemain-pemain di PlayStation. Walaupun perlu menanti hampir 4 tahun, tetapi ia bukan satu masalah kerana tatamain untuk permainan ini masih lagi seronok dan menarik untuk dimainkan dan tidak akan terasa seperti satu permainan yang sudah berumur.

FragPunk

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, (PC)

Jika anda tercari-cari permainan menembak berkumpulan baharu, FragPunk merupakan permainan 5 lawan 5 first person shooter yang setiap pusingan akan menjadi berbeza. Ia adalah kerana, pada permulaan pusingan, pemain akan mendapat kad yang akan mengubah keadaan pertempuran, terdapat 100 kad berbeza untuk digunakan. Sudah dilancarkan untuk PC sebelum ini, ia akhirnya tiba bagi pemain di konsol.

TowerBorne

Platform: Xbox Series (Game Preview)

Permainan aksi RPG dengan gaya side-scrolling ini memerlukan pemain untuk menjadi Aces iaitu pahlawan yang cuba menyelamatkan City of Numbers yang dijajah oleh raksasa. Aces boleh menggunakan pelbagai senjata berbeza untuk merampas semula kawasan-kawasan yang sudah dijajah. Pemain boleh bermain secara solo dan juga secara koperasi sehingga 4 pemain. Ia sebelum ini sudah dilancarkan untuk PC melalui Steam secara akses awal.

Kiborg

Platform: PlayStation, Xbox, PC

Di dalam Kiborg anda merupakan seorang banduan yang dihukum penjara selama 1300 tahun, satu-satunya cara untuk mendapat kebebasan adalah dengan mendapat tiket untuk menaiki shuttle yang berada di atas penjara. Namun, pemain perlu melawan dengan banduan-banduan lain yang juga inginkan tiket tersebut. Dengan menyertakan elemen tatamain beat’em up dan rogue-lite, pemain boleh memasang pelbagai jenis sibernatik untuk mendapat kebolehan yang berlainan.

MotoGP 25

Platfrom: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

MotoGP kembali lagi untuk tahun ini melalui MotoGP 25 dan kali ini menjanjikan grafik yang lebih realistik melalui penggunaan Unreal Engine 5, dan juga bunyi yang dirakam daripada motosikal-motosikal yang sebenar. Selain membawa MotoGP, pemain juga kini boleh membawa motosikal lain termasuk juga Motard, Flat Track dan Minibikes. Bagi pemain-pemain baharu ataupun kasual, ia juga menerima mod Arcade yang menjadikan pemanduan lebih mudah tetapi masih menyeronokkan.

Leave a Reply