Skip to main content

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan tiga mode laptop baharu untuk pasaran Malaysia yang menawarkan spesifikasi terkini untuk memenuhi kehendak pemain permainan video. Tiga model yang diumumkan ialah Predator Helios 18 AI, Predator Helios Neo 16S, dan Acer Aspire 7.

Predator Helios 18 AI

Predator Helios 18 AI menggunakan dilengkapi dengan skrin bersaiz 18-inci resolusi 2K, panel Mini LED IPS dan sokongan kadar segar semula sehingga 240Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 275HX dan kadar grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 bersama dengan 96GB RAM dan 4TB Storan SSD yang boleh ditambah ke 192GB RAM dan juga 6TB storan.

Laptop ini juga dilengkapi dengan teknologi AeroBlade generasi keenam yang dilengkapi dengan 100 bilah kipas ternipis di dunia iaitu 0.05mm untuk memberikan 10% pengaliran udara yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan juga 20% lebih baik berbanding kipas plastik.

Predator Helios 18 AI ditawarkan dengan harga RM19,999 dan pra-tempahan sudah boleh dilakukan di mana-mana kedai rasmi Acer sehingga 15 Mei 2025.

Predator Helios Neo 16S

Predator Helios Neo 16S pula menjanjikan spesifikasi berkuasa di dalam badan laptop yang nipis dengan setebal 12mm sahaja di bahagian paling nipis. Ia hadir dengan skrin bersaiz 16-inci menggunakan panel OLED dan menyokong kadar segar semula sehingga 240Hz.

Di dalam, ia juga menggunakan Intel Core Ultra 9 275HX, manakala untuk kad grafik ia menggunakan NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti bersama dengan 32GB RAM dan juga 1TB SSD. Bagi teknologi penyejukan ia menggunakan AeroBlade generasi kelima.

Laptop ini ditawarkan dengan harga RM11,999 dengan pra-tempahan akan dibuka bermula 15 Mei sehingga 31 Mei 2025.

Acer Aspire 7

Bagi yang mencari laptop untuk permainan video tetapi dengan harga yang lebih berpatutan, Acer juga telah mengumumkan Acer Aspire 7 yang hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci HD Penuh IPS dan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Ia dikuasakan dengan cip Intel Core i5-12450H, bersama dengan kad grafik RTX 3050, bersama dengan 16GB RAM dan juga 512GB storan SSD. Laptop ini ditawarkan dengan harga RM3,299 bermula pada 9 Mei 2025 melalui pengedar rasmi Acer, Acer eStore, dan juga gedung rasmi di Shopee dan Lazada.

Leave a Reply