Skip to main content

SEGA telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem aksi nyata berdasarkan siri permainan memandu klasik OutRun dengan Michael Bay akan menjadi pengarah. Filem ini akan diterbitkan oleh SEGA bersama dengan Universal Pictures.

Jayson Rothwell juga diumumkan akan menulis lakon layar, manakala Michael Bay dan Brad Fuller akan menjadi penerbit melalui studio mereka Platinum Dunes. Tambahan pada itu, Sydney Sweeney juga akan menjadi penerbit bersama dengan Toru Nakahara dan Shuji Utsumi mewakili SEGA.

OutRun merupakan siri permainan memandu arked yang dikatakan memperkenalkan sub-genre baharu di dalam genre perlumbaan kereta dengan permainan ini memperkenalkan tatamain yang menyertakan pemanduan, di kawasan yang indah dengan muzik yang mengasyikkan.

Permainan pertama dilancarkan pada 1986 dengan permainan terakhir pada tahun 2009 iaitu OutRun Online Arcade. Universal Pictures sebelum ini telah hadir dengan permainan berdasarkan permainan video seperti The Super Mario Bros. dan Five Nights at Freddy’s.

Leave a Reply