Skip to main content

Moonton telah mengumumkan yang acara kolaborasi seterusnya untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang adalah bersama dengan Naruto iaitu siri manga dan anime popular. Mereka juga mengatakan yang kolaborasi ini akan bermula pada 2 Mei 2025 dan akan menjadi kolaborasi dengan kandungan terbanyak pernah diadakan.

Acara ini antaranya akan menyertakan lima kostum iaitu empat pasukan Team 7 – Naruto Uzumaki (Lukas), Sasuke Uchiha (Suyou), Sakura Haruno (Kalea), dan Kakashi Hatake (Hayabusa) dan juga Gaara (Vale). Gaara boleh didapatkan secara percuma dengan menyertai acara masa terhad manakala kostum lain boleh didapatkan melalui Draw.

Selain itu, acara ini juga memperkenalkan dua barangan baharu iaitu Common Sacred Statue dan Loading Effect dengan Common Sacred Statue dan Sacred Statue membolehkan untuk pemain mengubah rekaan turret di dalam permainan.

Common Sacred Statue boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja manakala Sacred Status hanya untuk hero-hero tertentu. Common Sacred Statue pertama yang disertakan ialah Gamakichi iaitu katak Naruto yang boleh didapatkan melalui Draw.

Naruto dan Sasuke akan mempunyai Loading Effect mereka yang tersendiri, ia akan memberi rekaan berlainan untuk hiasan belakang semasa Loading.

Semasa acara ini berlangsung, keseluruhan permainan ini juga akan menerima rekaan bertemakan Naruto, selain itu peta juga akan mempunyai pelbagai Easter Egg berdasarkan siri ini, antaranya kedai Ichiraku Ramen dan Elemental Lord menjadi Madara Uchiha.

Pemain juga boleh menyertai MLBB Ninjutus Academy untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk juga iPhone 16 Pro, kostum hero, dan barangan di dalam permainan yang lain. Pemain boleh melakukan pelbagai misi untuk mendapatkan Ninjutsu Skill Scrolls yang kemudian boleh ditukar untuk melakukan Draw bagi mendapat hadiah-hadiah ini.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply