Skip to main content

Moonton telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Silver and Blood kini membuka sesi pra-daftar yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik apabila mencapai tahap-tahap tertentu termasuk juga watak ataupun ‘vassal’ SSR “Hati”.

Anda boleh tonton treler acah untuk permainan ini di bawah.

Silver and Blood menyertakan tatamain pantas dengan pertempuran mengikut turutan di grid-9, ia memfokuskan kepada strategi dan juga aksi yang mendebarkan. Pada pelancaran, permainan ini akan menyertakan 4 puak dan lebih 50 vassals yang dibahagikan kepada jenis New Moon, Half Moon, ataupun Full Moon.

Bagi penceritaan, ia membawa kisah fantasy gelap yang mempunyai banyak elemen gothic termasuk juga melalui rekaan-rekaan watak. Ia juga menyertakan muzik runut yang dihasilkan oleh Yasunori Nishiki yang terkenal dengan permainan seperti Octopath Traveler dan Yu-Gi-Oh! Master Duel.

Buat masa ini tarikh pelancaran masih tidak disahkan lagi akan tetapi jika berminat dan ingin mendapat maklumat terkini anda boleh melakukan pra-pendaftaran melalui laman rasmi dan gedung permainan di telefon pintar.

Leave a Reply