Skip to main content

HBO telah mengumumkan senarai pelakon untuk beberapa watak bagi siri Harry Potter antara watak yang diumumkan ialah Albus Dumbledore, Minerva McGonagall, Severus Snape, dan Rubeus Hagrid dengan senarai pelakon seperti berikut:

  • Albus Dumbledore – John Lithgow
  • Minerva McGonagall – Janet McTeer
  • Severus Snape – Paapa Essiedu
  • Rubeus Hagrid – Nick Frost

Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa watak sampingan iaitu Luke Thallon sebagai Quirinus Quirrell dan Paul Whitehouse sebagai Argus Filch.

Siri TV ini adalah olahan semula dengan watak-watak ikonik akan dilakonkan oleh pelakon baharu. Bukan itu sahaja, Warner Bros. turut menyatakan yang siri TV ini akan diadaptasi mengikut 7 buku yang asal. J.K. Rowling juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.

Leave a Reply