Prime Video telah mengumumkan yang filem susulan untuk A Simple Favor iaitu Another Simple Favor akan disiarkan di Prime Video pada 1 Mei 2025. Paul Feig akan kembali sebagai pengarah bersama dengan Anna Kendrick dan juga Blake Lively sebagai watak utama.
Filem ini adalah mengenai Emily Nelson walaupun apa yang terjadi di dalam filem pertama telah menjemput Stephanie Smothers untuk ke majlis perkahwinannya. Dengan ramai jemputan-jemputan ternama, pembunuhan dan pengkhianatan akan berlaku.
Prime Video yang boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.