HoYoverse telah mengumumkan yang Zenless Zone Zero akan dilancarkan untuk Xbox Series pada bulan Jun ini bersama dengan kemaskini versi 2.0 untuknya. Ia akan menjadi permainan kedua oleh HoYoverse yang dilancarkan untuk konsol tersebut selepas Genshin Impact dilancarkan pada tahun lepas.
Zenless Zone Zero untuk Xbox Series akan menyokong resolusi 4K secara native, kadar kelancaran 60FPS, DirectX RayTracing, HDR, dan juga Quick Resume. Bagi sesetengah pasaran, ia juga menyokong Xbox Cloud Gaming.
Pada waktu ini, Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia ditawarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.