HoYoverse telah melancarkan versi terbaru untuk Zenless Zone Zero iaitu versi 1.7 yang juga menggunakan judul “Bury Your Tears with the Past”. Versi ini antaranya akan mengakhiri penceritaan untuk musim pertama bagi permainan ini dengan rahsia di sebalik Sacrifice akan didedahkan.
Dua watak baharu yang disertakan adalah daripada kumpulan Mockingbird iaitu Vivian yang merupakan watak Ether Anomaly yang akan memperkuatkan serangan Anomaly setiap kali melakukan Basic Attack dan dapat menyokong EX Special Attack pasukan untuk memperkuatkan lagi serangan Corruption.


Seterusnya Hugo iaitu watak Ice Attack menggunakan suitcase yang boleh berubah untuk menjadi scythe. Hugo juga boleh memberikan kesan Totalize yang memperkuatkan lagi serangan berdasarkan tempoh Stun yang berbaki.
Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan acara masa terhad baharu iaitu “Say It With Flowers”, di mana pemain akan menjadi pengurus kedai bunga dan perlu menyusun jambangan bunga untuk klien untuk mendapat pelbagai ganjaran termasuk juga A-Rank Bangbook Overtimeboo, selain itu Bangbook Bash kembali bersama dengan mod Ranked.
Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.