Skip to main content

Bethesda hari ini telah mengumumkan secara rasmi The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan yang dilancarkan pada tahun 2006. Versi ini dibangunkan bersama dengan Virtuos Games yang sebelum ini pernah terlibat dengan versi penambah-baikkan untuk Demon’s Souls dan Age of Mythology.

Menariknya, pemain tidak perlu menunggu untuk permainan ini dilancarkan kerana mereka juga telah mengumumkan yang ia akan tiba hari ini untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC termasuk juga di dalam Game Pass.

Permainan ini dikemaskini menggunakan Unreal Engine 5 untuk memberikan grafik yang lebih berkualiti dan lebih menarik, tetapi pada masa sama masih mengekalkan apa yang disukai mengenai dunia permainan ini. Selain itu, setiap watak dan NPC juga diberikan lakonan suara yang lebih pelbagai.

Selain permainan asas, ia juga disertakan bersama dengan DLC penceritaan iaitu Shivering Isles dan Knights of the Nine.

Leave a Reply